KUALA KANGSAR: Dunia kini sedang sakit dan dibimbangkan berkemungkinan menjadi tenat, jika krisis persaingan dan pergolakan seperti di Palestin terus berlaku dan gagal dibendung. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, amat memilukan melihat penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin akibat perbuatan zalim rejim Zionis Israel yang tidak tergamak dilakukan oleh makhluk bergelar manusia. “Penderitaan yang dialami oleh insan-insan tidak berdosa di bumi Palestin mengembalikan ingatan kepada kata dua yang…