Dua penjawat awam kemuka tuntutan palsu ditahan SPRM

Dua penjawat awam kemuka tuntutan palsu ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan dua penjawat awam selepa disyaki mengemukakan tiga tuntutan yang mengandungi butiran matan palsu berkaitan pembekalan peralatan sebuah sekolah berjumlah kira-kira RM18,000.

Mendedahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia Sumber berkata, suspek pertama yang merupakan seorang lelaki ditahan pada pukul 9 pagi tadi selepas diminta hadir untuk memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan.

Menurutnya, uspek kedua seorang wanita pula ditahan di rumahnya kira-kira pukul 1 tengahari tadi.

“Kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 50-an itu dipercayai membuat tuntutan palsu pada 2019 sedangkan tiada pembekalan dibuat.

“Suspek lelaki yang juga pemilik sebuah syarikat dipercayai bersubahat bersama suspek wanita mengemukakan tiga tuntutan palsu kepada pihak sekolah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 28(1)(C) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya