DPB kemaskini glosari dialek Kelantan, Pantai Timur

DPB kemaskini glosari dialek Kelantan, Pantai Timur

AZIRA Ismail (dua dari kanan) menyampaikan dua naskhah buku kepada Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf atas kesudian merasmikan Karnival Semarak Bahasa di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sentiasa mengemaskinikan glosari dialek Kelantan dan Pantai Timur dari masa ke masa bagi memastikan orang ramai dapat terus memperkayakan lagi pengetahuan mereka.

Pengarah DBP Wilayah Timur, Ariza Ismail berkata, selain itu pihaknya turut menerbitkan glosari itu dalam bentuk bercetak bagi memudahkan orang ramai dan bahan tersebut boleh didapati di kedai-kedai buku termasuk pejabatnya di Jalan Kadir Adabi.

“Dalam masa yang sama DBP juga ada menyediakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) yang membolehkan orang-ramai menyemak dialek-dialek negeri dan perkara-perkara berkaitan Bahasa Melayu secara dalam talian.

“Ada pelbagai dialek sebenarnya yang boleh dirujuk melalui laman web PRPM. Ia sudah lama diterbitkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Karnival Semarak Bahasa Bulan Bahasa Kebangsaan Sempena Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) di Tunjong, di sini hari ini yang dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan, Datuk Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.

Tambahnya, glosari yang terkandung dalam PRPM serta bahan-bahan penerbitan berkenaan bukan hanya mengandungi dialek Kelantan sahaja malah negeri-negeri lain di Malaysia turut dimuatkan.

Dalam perkembangan lain Azira memberitahu, DBP tidak pernah berhenti menjalankan kegiatan untuk memperkasa Bahasa Melayu kepada pelbagai peringkat masyarakat.

“Kita bukan sahaja mahu menggalakkan malah mahu menyedarkan pelbagai peringkat masyarakat untuk menyayangi bahasa kita.

“Program kali ini sebenarnya sudah berada di penghujung DBK kerana kita telah bermuka sejak Januari. Kegiatan paling banyak kita laksanakan adalah pada Oktober lalu dalam pelbagai bentuk,” ujarnya.

Ariza memaklumkan, DBP Wilayah Timur turut menjalankan kerjasama dengan sekolah-sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dan Terengganu untuk memperluaskan DBK ke peringkat awal usia.

“Antara yang kita laksanakan adalah forum remaja, koir serta lain-lain aktiviti melibatkan pelajar. Kita juga melaksanakan usaha ini di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT). Malah penghuni-penghuni penjara juga kami santuni.

“Kita juga mengadakan persembahan teater yang diadaptasi daripada karya sasterawan negara supaya mereka boleh mengambil intipati pengajaran dari setiap karya yang dipersembahkan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya