PASIR MAS: Pertubuhan Seni Silat Jawi Kelantan mendaftarkan Kain Tenun Punca Potong di bawah Petunjuk Geografi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sekali gus mengiktiraf produk tersebut berasal dari negeri ini. Pengerusinya, Ahmad Basri Hashim berkata, keputusan dibuat selepas menjalankan kajian lima tahun berkaitan kain tersebut menerusi rujukan akademik warisan tekstil negara, buku dan artikel yang mengesahkan ia berasal dari Kelantan. “Sejak 1908 orang Kelantan memakai kain tenun punca potong namun…










