Beras Kedah, Perlis meningkat selepas tiru sawah di Sekinchan - Utusan Malaysia

Beras Kedah, Perlis meningkat selepas tiru sawah di Sekinchan

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasil tanaman padi bagi pengeluaran beras putih tempatan sedang meningkat ketika ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, peningkatan itu susulan beberapa negeri meniru kaedah penanaman padi  di Sekinchan, Selangor dan Bumbung Lima, Pulau Pinang.

Menurut beliau,  ia disebabkan kedua-dua tempat itu merekodkan hasil pengeluaran tertinggi di negara ini.

“Di mana padi paling hasilnya tinggi? Saya lihat Sekinchan dan Bumbung Lima. Oleh itu, saya minta langkah segera seperti di Sekinchan dan Bumbung Lima dibuat di tempat lain.

“Antara Perlis dan Kedah, hasil di situ lebih kurang enam tan, (kini) naik kepada lebih 10 tan. Di Ketara, (Besut, Terengganu), purata hasil padi empat tan per hektar, apabila kita bawa ala Sekinchan, dia jadi tujuh tan,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Kata beliau, pihaknya juga sedang berunding dengan pihak swasta bagi membangunkan tanah-tanah terbiar bagi tujuan penanaman padi.

“Memang sekarang swasta juga akan terlibat, termasuk tanah-tanah terbiar, kita sedang berunding dengan pihak swasta kerana kita akan pergi skala besar.

“Kalau kita rancang dengan baja, teknologi dan penyelidikan  yang betul, saya yakin kita dapat capai tahap sara diri (SSR) dalam masa singkat. Sebab itu, kita kena anggap 10 tahun akan datang, tidak ada siapa lagi akan jual beras kepada kita, kita kena fikir ke arah itu,” katanya.

MERANCANG

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Aziz Ariffin sama ada kerajaan merancang untuk membangunkan tanah-tanah terbiar dalam usaha untuk meningkatkan hasil tanaman padi dan pengeluaran beras putih tempatan.

Kata Mohamad, cabaran utama kerajaan ketika ini adalah meningkatkan tahap infrastruktur tanaman padi dalam negara antaranya dari segi pengairan.

“Sabah dan Sarawak menawarkan tanah yang luas untuk tanaman padi jadi penanaman untuk dua musim atau lima musim, infrastruktur pengairan paling penting, di samping benih baja teknologi baharu dan sebagainya.

“Sebab itu, (kita bekerjasama) dengan pihak swasta yang mempunyai modal besar, mereka akan datang dengan berbagai kepakaran dan pandangan teknologi baharu, jadi kita yakin hasil padi akan bertambah dari semasa ke semasa dan kita memerlukan peruntukan besar dalam perkara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya