PETALING JAYA: Cadangan pengurangan pelbagai subsidi yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu berkemungkinan boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan dan gabungan Pakatan Harapan (PH). Hal ini kerana rakyat meletakkan harapan yang tinggi bahawa kerajaan akan mengekalkan subsidi yang dinikmati ketika ini berikutan ekonomi negara dan global yang masih belum pulih sepenuhnyapascapandemik Covid-19 yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat. Bercakap kepada Utusan…