Silibus pendidikan Mara tepati citarasa industri

Silibus pendidikan Mara tepati citarasa industri

FAZLI Rizal Ismail (dua kanan) menyerahkan biasiswa kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke pusat pengajian Mara pada  Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar Negeri Kelantan Peringkat Daerah Pasir Puteh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa, Selising, Pasir Puteh, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Silibus yang menepati citarasa pemain industri menjadikan kebolehpasaran graduan pusat pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) mudah mendapatkan peluang pekerjaan.

Pengarah Mara Kelantan Fazli Rizal Ismail berkata, situasi itu menyaksikan kebolehpasaran lulusan pendidikan Mara tinggi apabila lebih 90 peratus mendapat pekerjaan.

“Ia sekali gus melepasi kadar kebolehpasaran graduan di peringkat nasional. Di Mara, kami sentiasa melibatkan pemain industri dalam penyediaan silibus pengajian.

“Hal ini bagi memastikan apa yang mereka pelajari di Mara relevan dan menepati citarasa industri,” katanya pada Majlis Penutup Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar Negeri Kelantan Peringkat Daerah Pasir Puteh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa, Selising di sini hari ini.

Perasmian itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara Faisalludin Mohamat Yusuff.

Fazli Rizal memberitahu, setiap dua tahun sekali silibus ini akan dikemas kini bagi memastikan ia sentiasa memenuhi keperluan industri.

Katanya, selain itu Mara turut membekalkan pelajar dengan kemahiran berkait dengan keusahawanan.

“Jadi pelajar lepasan SPM tidak perlu risau, kerana Mara menyediakan sistem pendidikan yang berkualiti dan mampu menjadi masa depan ke arah lebih baik,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fazli Rizal berkata, Mara turut menyediakan kemahiran berkait dengan teknologi kepintaran buatan (AI) yang menjadi tuntutan terbaharu dalam pasaran pekerjaan hari ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN