JOHOR BAHRU: Seorang warga emas berputih mata apabila RM600,000 miliknya lesap ditipu syarikat pelaburan wang digital kripto. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Phang, 68, berkata, pelaburan itu dilakukan dalam mata wang Amerika Syarikat (USD) menerusi sebuah syarikat yang sebenarnya tidak wujud. Katanya, dia menyertai pelaburan itu selepas mengenali seorang individu dikenali sebagai ‘Cikgu Pelaburan’ dalam Facebook. “Saya sebelum ini menjalankan perniagaan mengimport mesin kimpalan sebelum dihantar ke kilang-kilang, namun…










