PETALING JAYA: Kejatuhan nilai ringgit akan memberi kesan kepada sektor import makanan di negara ini yang sehingga kini mencatatkan jumlah sekitar RM62 bilion setahun. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis Ekonomi Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abd. Latiff berkata, keadaan tersebut akan menyebabkan aktiviti import menjadi lebih perlahan. Menurut beliau, apabila harga makanan yang diimport meningkat, ini sekali gus menyebabkan permintaan menurun kerana nilai ringgit masih menyusut. “Bagaimanapun, sektor eksport dijangka meningkat kerana barangan negara ini akan menjadi lebih kompetitif di pasaran global disebabkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya