PETALING JAYA: Peperangan Israel dengan Palestin mendorong ramai rakyat negara ini membatalkan rancangan untuk mengerjakan umrah di samping melawat Palestin. Satu sumber agensi pelancongan umrah mengesahkan kepada Utusan Malaysia ramai jemaah umrah yang mengambil pakej melawat ke Palestin telah menarik diri. “Sekarang kami sedang cuba menghubungi jemaah berkenaan pakej lawatan umrah dan lawatan ke Palestin, sebab ramai yang tarik diri secara tiba-tiba,” katanya ketika dihubungi, semalam. Kata sumber itu, pihaknya…