Polis lengkap siasatan kes kibar bendera Israel

Polis lengkap siasatan kes kibar bendera Israel

BENDERA Israel yang dipasang seorang lelaki di sebuah premis perniagaan di Terengganu, baru-baru ini. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes bendera Israel dikibarkan di sebuah premis perniagaan di Marang dekat sini seperti tular di media sosial minggu lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Maz­li Mazlan berkata, pihak­nya menghantar kertas siasatan tersebut ke Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) dan me­nunggu arahan lanjut mengenainya.

Katanya, polis sebelum itu telah mengambil keterangan daripada seorang lelaki ber­usia 30-an. Dia juga dikehendaki dalam kes dadah.

“Kes ini disiasat di bawah Sek­syen 5 Akta Lambang dan Nama 1963 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 kerana perbuatan dengan niat mengganggu keamanan.

“Selain itu, kes ini turut disiasat mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya memandang­kan suspek dikehendaki bagi kes dadah,” katanya.

Dalam pada itu, Mazli menasihati orang ramai agar tidak melakukan tindakan yang boleh mencetuskan kegusaran masyarakat termasuk mengi­barkan bendera Israel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN