PN belum jumpa bincang soal peruntukan Ahli Parlimen-TPM

PN belum jumpa bincang soal peruntukan Ahli Parlimen-TPM

FADILLAH Yusof (dua kiri) semasa melakukan gimik perasmian Sambutan Jubli Emas dan Anugerah Penanam Jaya Kebangsaan 2023, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Parti pembangkang terutama Perikatan Nasional (PN) masih belum mengadakan pertemuan secara rasmi dengan kerajaan bagi membincangkan soal berkait agihan peruntukan untuk mereka sebagaimana dibangkita semasa sidang Dewan Rakyat sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, setakat ini hanya Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang datang berjumpa bagi membincangkan perkara itu secara lebih serius.

“Daripada PN belum ada surat rasmi berkait dengan perbincangan itu termasuklah dari Ketua Whip Pembangkang (Datuk Seri Hamzah Zainuddin).

“Pertemuan sebelum ini hanyalah melibatkan perkara-perkara lain dan bukan soal peruntukan,” katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai pertemuan antara pembangkang dengan kerajaan melibatkan agihan peruntukan.

Terdahulu, beliau merasmikan Sambutan Jubli Emas dan Anugerah Penanam Jaya Kebangsaan 2023, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di sini sebentar tadi.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang akan disalurkan jika mereka bersedia untuk berunding dengan kerajaan berhubung perkara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehingga kini, tiada perbincangan dibuat di antara wakil pembangkang dengan kerajaan mengenai rundingan peruntukan ahli Parlimen

Anwar berkata, kerajaan melantik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bagi membincangkannya dan kaedah itu sama seperti ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya