Muhammad Zaly dilantik Presiden CILTM yang baharu

Muhammad Zaly dilantik Presiden CILTM yang baharu

MUHAMMAD ZALY SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Timbalan Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr. Muhammad Zaly Shah Muhammad Hussein dilantik sebagai Presiden The Chartered Institute of Logistics and Transport  Malaysia (CILTM) yang baharu. 

Pemilihannya untuk jawatan itu dibuat dalam mesyuarat tahunan CILTM di sini, kelmarin. 

Dalam amanat  sulungnya, beliau mengajak ahli-ahli CILTM yang berpengalaman  untuk memikirkan hala tuju logistik dan pengangkutan di negara ini dan global.  

“Ahli-ahli baharu yang dilantik diharap dapat memberi khidmat terbaik kepada CILTM khususnya di Malaysia dan amnya di peringkat antarabangsa,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, peranan Women in Logistics and Transport (WiLAT) Malaysia dan Next Generation Malaysia akan dipergiatkan dengan menganjurkan program-program inovatif dan kreatif bagi menarik minat golongan muda dalam bidang-bidang logistik, pengangkutan dan rantaian bekalan. 

Menurutnya, ini adalah selari dengan agenda Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) negara untuk pembangunan negara melalui aplikasi teknologi.  

“Harapan saya adalah untuk memberikan manfaat kepada ahli, fokus kepada jaringan akademik,  industri dan pengantarabangsaan,” katanya.

CILTM telah dilantik sebagai Badan Peneraju Perindustrian Kebangsaan (ILB) bagi Sektor Logistik dan Pengangkutan dan sentiasa bersedia menjadi pakar rujuk dan pemikir negara dalam bidang logistik dan pengangkutan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN