Malaysia khuatir konflik Palestin-Israel jadi perang lebih  besar - Anwar - Utusan Malaysia

Malaysia khuatir konflik Palestin-Israel jadi perang lebih  besar – Anwar

Anwar Ibrahim ketika wawancara bersama portal berita Al Arabiya yang dimuat naik di Facebook hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia lantang mempertahankan Palestin kerana khuatir konflik di Asia Barat itu akan merebak sehingga menjadi satu perang besar. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keganasan dan peperangan boleh merebak sekiranya dunia terus membiarkan konflik Palestin dan Israel berterusan. 

Beliau berkata, ini kerana semua pihak perlu sedar masalah itu berlarutan sehinggalah konflik itu dapat diselesaikan secara umum. 

Menurut  beliau, bantuan kemanusian juga adalah jangka pendek, tetapi penindasan rakyat Palestin harus ditamatkan supaya mereka dapat mengecapi keamanan.

“Jika masyarkat antarabangsa termasuk Amerika Syarikat (AS) mengabaikan kesengsaraan rakyat Palestin, mereka jemput elemen ekstrim dan ganas…ini harus dihentikan. 

“Kita sebagai masyarakat antarabangsa harus mengambil semua langkah untuk menghentikan apa jua bentuk keganasan. Bagaimana? Melalui peraturan antaabangsa yang sah dan adil. 

“Jika kita mengabaikan dua hal yang berpotensi bahaya …pertamanya, bahaya sikap ekstrim…mengikut naratif mereka. Kedua, provokasi konflik ini mungkin hingga menjadi perang besar dan ini sesuatu yang kita harus elak,” katanya. 

Anwar berkata demikian menerusi rakaman video wawancara beliau bersama portal berita Al Arabiya yang dimuat naik di laman Facebook, hari ini.  Wawancara tersebut berlangsung ketika lawatan Anwar ke Arab Saudi minggu lalu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Malaysia menyokong apa sahaja keputusan rantau Arab dalam menangani konflik di Palestin. 

Katanya, walaupun Malaysia berkedudukan jauh dari rantau itu, namun percaya keadilan dan kemanusiaan harus ditegakkan.  

BERTEMU

Atas sebab itu, katanya, beliau mengambil kesempatan untuk bertemu dengan pemimpin negara Islam lain seperti Raja Bahrain, Emir Qatar, Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Presiden Turkiye serta Presiden Mesir apabila dijemput ke Arab Saudi. 

“Jadi mereka tentulah mempunyai peranan yang amat besar dalam rantau ini (Arab), jadi apa yang dibincangkan mereka tentunya penting untuk diketahui. 

“Sebab itu saya perlu mendengar pandangan mereka dan memberikan sokongan di mana kami mampu..mengikut rentak mereka dan menyokong dalam apa cara sekali pun, jadi sebab itu saya akan terus berkomunikasi dengan mereka. 

“Apa sahaja yang mereka perlu sebagai contoh sekarang di mana kita semua bergerak (atas) inisiatif Arab Saudi, kemudiannya  (inisiatif dari) Menteri-menteri luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)…yang mana amat menakjubkan. 

“Kita melihat sokongan yang cukup berbeza jika dibanding waktu sebelum ini..ada kesefahaman dan konsensus. 

“Selepas itu jika perkara ini perlu dibawa ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau berkomunikasi tegas terhadap Eropah dan Amerika Syarikat yang mana bersikap hipokrit dalam hal ini..menyanggah diri mereka sendiri,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN