Lelaki ditahan bersama syabu RM18,370

Lelaki ditahan bersama syabu RM18,370

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang lelaki ditahan bersama syabu bernilai RM18,370 dalam serbuan di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, di sini semalam.

Serbuan pukul 11.30 malam itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (PID) Tumpat bersama anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Tumpat serta Balai Chabang Empat.

Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan di lokasi serbuan pihaknya menjumpai satu bekas plastik berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat 91.85 gram.

Menurutnya, saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Pada masa sama, semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Sesyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Amran memberitahu, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya