Lebih 10,000 anak angkat, anak tidak sah taraf diberi warganegara - Utusan Malaysia

Lebih 10,000 anak angkat, anak tidak sah taraf diberi warganegara

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sejumlah 10,381 anak angkat dan kanak-kanak tidak sah taraf menerima status warganegara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah itu berjaya dicapai dalam tempoh 10 bulan.

“Saya telah membuat keputusan terhadap permohonan dalam tempoh 10 bulan iaitu sebanyak 10,381 permohonan telah saya buat keputusan.

“Kebanyakan kesnya adalah anak angkat dan kanak-kanak tidak sah taraf. Saya tahu mereka tak boleh ke sekolah, nak ke hospital kalau sakit terpaksa bayar bil tinggi, sebab itu saya minta pegawai selesaikan ini dahulu,” katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, usaha baik itu bagaimanapun dijadikan isu politik sesetengah pihak di negara ini.

“Sebaliknya, kita ditohmah, luluskan puluhan ribu warganegara kepada rakyat China, ini jahat. Kalaulah mereka tahu pegawai berhempas pulas menguruskan perkara ini.

“Kalau angka ini juga dianggap Kementerian Dalam Negeri tidak serius, saya ucap terima kasih majulah sukan untuk negara,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui mengenai usaha penyelesaian isu kewarganegaraan dalam kalangan individu yang layak.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya