KPKT mahu tubuh unit perkasa ekonomI usahawan - Utusan Malaysia

KPKT mahu tubuh unit perkasa ekonomI usahawan

M. NOOR AZMAN TAIB (kanan) melihat pameran produk dihasilkan usahawan yang menyertai Konvensyen PEKB 2023 di Persada Johor, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti keperluan mewujudkan unit khas bagi menyelaras dan memperkasakan ekonomi usahawan di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M. Noor Azman Taib berkata, inisiatif tersebut diyakini dapat membantu kementerian membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

“Jika kita ada satu unit khusus bagi memperkasakan usahawan, banyak perkara yang boleh kita lakukan bagi memperkasakan lagi ekonomi usahawan di peringkat PBT.

“Unit ini juga akan dapat bantu menyelaras sekiranya ada jabatan atau agensi kementerian yang mahu salur peruntukan, kepakaran dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2023, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini hari ini. 

Beliau memberitahu, terdapat sebanyak 155 PBT di seluruh negara dan usaha mewujudkan unit seumpama itu hanya boleh dicapai menerusi kerjasama semua pihak.

Mengenai PEKB, beliau berkata, pihaknya telah melatih seramai 16,294 usahawan sejak program itu mula dilaksanakan pada 2013.

“Peserta program ini akan turut diberi latihan keusahawanan selama seminggu bertujuan meningkatkan lagi kemahiran mereka bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi.

“Mereka juga diberikan bimbingan dalam mengembangkan perniagaan bukan sahaja bagi menembusi pasaran tempatan, malah di peringkat antarabangsa. Ini antara matlamat asas kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya