Kedai permaidani diarahkan bina semula bahu jalan - Utusan Malaysia

Kedai permaidani diarahkan bina semula bahu jalan

KAWASAN bahu jalan yang diubah suai oleh sebuah kedai permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai, Seremban yang dijadikan sebagai jalan penghubung ke jalan utama tanpa kelulusan pihak MBS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah mengeluarkan notis arahan kepada sebuah kedai permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 di Nilai di sini untuk membina semula kawasan hijau dan bahu jalan di hadapan premis kedai tersebut.

Perkara itu selepas mendapati kedai berkenaan mengubah suai kawasan hijau dan bahu jalan tersebut sebagai penghubung ke jalan utama tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis arahan tersebut pada 23 Jun yang lalu

“Berkaitan kawasan hijau, bahu jalan di hadapan premis yang telah diubah suai untuk menghubungkan jalan utama, MBS telah mengeluarkan notis kepada Kedai Permaidani SM Carpet bertarikh 23 Jun 2023.

“MBS telah mengarahkan untuk membina semula kawasan hijau dan bahu jalan di hadapan premis yang telah dibuka tanpa kelulusan MBS.

“Sekiranya gagal bertindak sedemikian, perkara ini akan dibawa ke mahkamah tanpa sebarang notis lagi bersesuaian dengan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” katanya dalam kenyataan hari ini berhubung video yang tular di media sosial mengenai perkara itu.

Tinjauan Utusan Malaysia petang tadi mendapati kawasan itu juga telah ditutup dengan batu halangan (barrier) oleh pihak berwajib.

Sementara itu, mengenai isu pengubahsuaian tandas di Pasar Borong Rakyat Nilai 3, Masri memberitahu, bangunan pasar borong itu yang melibatkan tujuh blok iaitu blok A hingga blok G dan blok pasar tersebut termasuk semua harta bersama seperti tandas dan kemudahan lain adalah merupakan lot persendirian dan bukannya milik MBS.

“Ia bangunan pemilikan berstrata yang diuruskan ejen pengurusan (JMB Pasar Borong Rakyat Nilai 3). Berdasarkan Akta Hakmilik Strata 1958 (Akta 318), hak milik tanah bagi sesebuah kawasan pemajuan strata adalah tanggungjawab semua pemilik untuk menyelenggara dan menguruskan bangunan sendiri,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya