Jumlah ahli Parlimen buat pemeriksaan kesihatan sedikit – Speaker

Jumlah ahli Parlimen buat pemeriksaan kesihatan sedikit – Speaker

BILANGAN ahli Parlimen yang melakukan pemeriksaan kesihatan tidak ramai. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hanya 54 daripada semua 222 ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan meskipun arahan mengenainya telah dikeluarkan sebulan yang lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, hanya 54 Ahli Parlimen, dua Ahli Dewan Negara dan dua anggota pentadbiran Parlimen berbuat demikian.

“Ini jumlah amat kecil. Oleh itu, saya menyeru semua ahli Dewan yang belum menjalani pemeriksaan kesihatan untuk melaksanakan segera,” katanya sebelum memulakan mesyuarat Dewan Rakyat di sini, semalam.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mencelah, sebahagian besar ahli Parlimen memiliki fail pemeriksaan rutin di Institut Jantung Negara (IJN) dan sewajarnya perkara itu perlu dipertimbangkan.

“Dari klinik di Parlimen sepatutnya ada rekod ini. Semak di IJN dan HKL (Hospital Kuala Lumpur). Anda tidak boleh paksa semua orang datang ke sini,” katanya.

Bagaimanapun , Johari berkata, ahli Parlimen bebas melakukan pemeriksaan di mana-mana pusat kesihatan, asalkan rekod kesihatan itu dibawa ke Parlimen.

“Supaya kalau anda ‘tumbang’ di sini, contohnya, rekod kesihatan anda berada di Beluran, tidak mungkin doktor dapat selamatkan anda dengan segera. Jadi, tolong bawa rekod kesihatan dan berjumpa pegawai kita untuk disimpan di Parlimen supaya apa-apa terjadi saya boleh bertanggungjawab untuk selamatkan nyawa Yang Berhormat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN