Jangan pamer, lekat lambang darjah kebesaran Pahang pada kenderaan - Utusan Malaysia

Jangan pamer, lekat lambang darjah kebesaran Pahang pada kenderaan

PENERIMA pingat Pahang diingatkan supaya tidak mempamerkan atau melekatkan lambang darjah kebesaran diterima dari negeri ini pada kenderaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Penerima pingat Pahang diingatkan supaya tidak mempamerkan atau melekatkan lambang darjah kebesaran diterima dari negeri ini pada kenderaan.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman berkata, ingatan tersebut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Katanya, Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 diperuntukkan bagi mencegah penggunaan tidak wajar lambang ditetapkan, gelaran atau anugerah yang dikurniakan Sultan Pahang.

“Penerima-penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang yang didapati melanggar dan melakukan kesalahan di bawah enakmen ini akan berhadapan tindakan penarikan balik darjah kebesaran yang dikurniakan.

“Selanjutnya, bagi mana-mana individu yang didapati menggunakan gelaran palsu boleh didakwa dibawah peruntukan yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Khirrizal berkata, pihaknya memohon kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengambil tindakan penguatkuasaan bagi mereka yang melakukan kesalahan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya