PETALING JAYA: Sebilangan besar kawasan di Kalimantan dan Sumatera dikesan dengan titik panas terbanyak sekali gus menyimpulkan Indonesia adalah punca utama negara lain khususnya Malaysia terpalit masalah jerebu. Meskipun kerajaan Indonesia menafikan ia berpunca daripada kebakaran hutan di negara itu, bagaimanapun Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) yang berpangkalan di Singapura mendedahkan, banyak kawasan di republik itu memaparkan titik panas (hotspot) dan status jerebu tebal (dense haze). Berdasarkan paparan peta terkini…










