Ibu kesal, anak di MRSM Kuala Klawang dihidangkan telur rosak - Utusan Malaysia

Ibu kesal, anak di MRSM Kuala Klawang dihidangkan telur rosak

TELUR-telur yang sudah rosak yang didakwa telah dihidangkan kepada pelajar di dewan selera MRSM Kuala Klawang, Jelebu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang ibu kesal apabila anaknya yang merupakan pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di negeri ini didakwanya telah dihidangkan dengan telur yang sudah rosak.

Menerusi hantaran di Facebook, wanita terbabit, Amira Alia Faizul berkata, hidangan telur itu kepada pelajar MRSM Kuala Klawang, Jelebu oleh pihak dewan selera sekolah terbabit juga dakwanya telah menyebabkan ramai pelajar turut mengalami sakit perut dan cirit birit.

“Ini bukan pertama kali hidangan buruk macam ini, harap pentadbiran dapat tamatkan terus (kontraktor dewan selera). Anak-anak tingkatan empat dan lima akan mengambil peperiksaan, sakit perut, tidak dapat belajar dengan elok,” katanya.

Hantaran wanita berkenaan mengenai perkara tersebut juga tular di media-media sosial.

Sementara itu, Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi akaun media sosialnya berkata, pihaknya telah mengarahkan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara untuk menyiasat kejadian tersebut dan mengambil tindakan tegas dan memastikan kes berkenaan tidak berulang.

“Prinsip saya dalam hal ehwal kebajikan pelajar, tiada kompromi terhadap mana-mana kontraktor dewan selera yang mengambil mudah dalam isu penyediaan makanan pelajar.

“Jika didapati kecuaian ini benar-benar berlaku, Mara pastinya akan mengambil tindakan tegas termasuklah menamatkan kontrak sebagaimana perjanjian dan peraturan yang ditentukan. Saya sudah minta laporan penuh daripada pengurusan Mara,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman ketika dihubungi memberitahu akan mendapatkan butiran lanjut mengenai perkara tersebut.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya