Hanya 74 trak dibenarkan masukke Gaza

Hanya 74 trak dibenarkan masuk ke Gaza

RATUSAN trak membawa bantuan tersekat di pintu sempadan di Rafah, Mesir selepas pihak berkuasa negara ini hanya membenarkan segelintir sahaja lori masuk ke Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak Muslim Care Malaysia (MCM) akan terus berusaha untuk menyalurkan bantuan kecemasan ke Gaza walaupun bantuan yang disalurkan tidak sampai sepenuhnya kepada rakyat Palestin.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Exco Media Muslim Care Malaysia (MCM), Tuan Asri Tuan Hussein berkata, sejak konvoi bantuan yang pertama masuk ke Gaza iaitu pada 21 Oktober sehingga sekarang, tidak sampai 100 trak dibenarkan ma­suk dan hanya ada sekitar 74 trak sahaja sejak kelmarin.

“Ini menunjukkan bahawa kuasa atau kebenaran untuk masuk melintas sempadan Arafah itu, adalah dibawah pihak berkuasa yang menjaga iaitu kerajaan Mesir,

“Jadi sebenarnya tiada siapa yang dapat memberikan jawapan bila kenderaan dan bantuan yang dapat masuk ke Gaza” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan tiga treler membawa bekalan perubatan, makanan dan minuman bernilai RM7.2 juta akan bertolak ke sempadan Mesir-Palestin menuju ke Gaza selewat-lewatnya Isnin ini.

Tuan Asri menjelaskan, ada beberapa faktor yang menyebabkan kerajaan Mesir tidak membenarkan barang bantuan untuk masuk ke Gaza antaranya ialah faktor keselamatan.

“Kita tak tahu hubungan antara Mesir-Israel ada perjanjian atau sebaliknya, tetapi tiada jaminan keselamatan jika kenderaan atau bantuan masuk ke sana” katanya.

Katanya, ketika pihak MCM berjumpa dengan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Mesir, petugasnya memaklumkan hanya sebahagian barang bantuan sahaja yang dibenarkan masuk ke Gaza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN