PETALING JAYA: Dalang kes pengubahan wang haram MYAirline dipercayai menggunakan hasil pelaburan perniagaan lain miliknya untuk membuka syarikat penerbangan tersebut. Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, individu bergelar Datuk itu dikatakan telah membuka perniagaan pelaburan tersebut bagi mengumpul dana sebelum dilaburkan dalam syarikat MYAirline. Sumber berkata, beberapa individu telah melabur dengan syarikat berkenaan dengan nilai ratusan dan jutaan ringgit tetapi tidak mendapat pulangan pelaburan berkenaan. “Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan suspek membuka syarikat penerbangan tersebut hasil wang daripada pelabur yang melabur,” katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya