Belanjawan 2024: RM200 juta teruskan inisiatif Payung Rahmah - Utusan Malaysia

Belanjawan 2024: RM200 juta teruskan inisiatif Payung Rahmah

Kerajaan memperuntukkan RM200 juta untuk program di bawah Payung Rahmah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan menyediakan RM200 juta untuk meneruskan pelaksanaan Payung Rahmah yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga sehingga 30 peratus lebih rendah akan diperluas ke lebih banyak kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Program Pasar Rahmah yang menawarkan insentif kepada 1.2 juta pengusaha pasar borong, pasar malam dan pasar tani juga diteruskan bagi mengurangkan kos perniagaan sekali gus dapat menurunkan harga jualan. 

“Payung Rahmah ialah manifestasi keprihatinan kerajaan dalam membela nasib rakyat. Perjuangan menangani beban sara hidup yang dicetus Almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub tidak akan terhenti dan akan terus diperkasa,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN