Ahmad Zahid minta hentikan politik soal belanjawan 2024

Ahmad Zahid minta hentikan politik soal Belanjawan 2024

AHMAD Zahid Hamidi (duduk) mencuba permainan simulasi semasa merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kelantan di Taman Etnobotani Gua Musang, Kelantan hari ini-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Semua pihak diminta supaya tidak terus mempolitikan soal Belanjawan 2024 Malaysia Madani yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun berbeza perjuangan parti tetapi dalam soal ekonomi, imej negara semua pihak perlu bersatu dan tidak mempolitik isu berkenaan.

Menurutnya, semua perkara yang dibentang oleh Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan itu telah dicerakinkan dengan cukup komprehensif.

“Ia melibatkan semua golongan rakyat di negara ini. Seluruh masyarakat dapat lihat, sebagai contoh semalam pegawai kerajaan dan kakitangan bawah gred 56, semuanya diberi bonus sebanyak RM2,000.

“Pada masa sama, pemberian itu turut diberikan kepada tentera yang berpencen dan tidak berpencen,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kelantan di Taman Etnobotani Gua Musang di sini hari ini.

Ahmad Zahid memberitahu, Belanjawan 2024 itu tidak boleh dilihat dalam kontek keperluan semasa sahaja tetapi harus diteliti untuk jangka pendek dan sederhana.

Katanya, pelan jangka panjang sudah termaktub dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK) dimana penilaian dibuat setiap tahun.

“Saya lihat Belanjawan 2024 kali ini lebih bak berbanding sebelum ini. Hal ini kerana ia dapat dilihat apabila jurang pendapatan melibatkan golongan miskin tegar telah berjaya dikurangkan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya