PUTRAJAYA: Tanpa rayuan, fakta dapatan Mahkamah Tinggi yang menyatakan Datuk Seri Najib Razak tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi mengelakkan beliau dikenakan tindakan undang-undang adalah kekal. Firma guaman, Tetuan Shafee & Co berkata, tindakan pihak pendakwaan tidak memfailkan petisyen rayuan walaupun diarahkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan juga menunjukkan pendakwaan tidak berniat untuk merayu atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 3 Mac lalu.…