Tetapkan pendirian undi calon PH - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Tetapkan pendirian undi calon PH – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI memakaikan jaket kepada salah seorang ketua kampung sempena Program Madani Siaga Peringkat Negeri Johor di PPR Melana Indah, Perling Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Semua pengundi di kawasan Parlimen Pulai diingatkan untuk menetapkan pendirian memilih calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat dan tidak mudah terpengaruh dengan propaganda pihak lawan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengundi Pulai harus istiqamah dan tetap dengan pendirian bagi memenangkan calon pilihan Barisan Nasional (BN).

“Esok merupakan hari yang penting, kita tahu bahawa kerajaan Madani dalam kerajaan perpaduan ini meletakkan seorang calon yang mewakili rakyat di Pulai. 

“Sehingga hari besar itu, jangan terpengaruh tohmahan atau pun fitnah, propaganda dan pelbagai lagi racun. Beristiqamahlah kerana rakyat Johor merupakan rakyat yang matang, pengundi yang matang.

“Calon yang kita sokong ini adalah yang dikehendaki Datuk Nur Jazlan Mohamed, inilah calon yang akan dipilih bagi mewakili kita sebagai Ahli Parlimen Pulai,” katanya pada Program Madani Siaga Peringkat Negeri Johor di PPR Melana Indah, Perling, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Mengenai Program Madani Siaga, ia memerlukan keterlibatan antara masyarakat dengan agensi penguat kuasa yang berkaitan ketika musim bencana.

Oleh itu, perlu ada kerjasama di antara semua pihak dan merupakan jalinan yang terbaik yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

“Kerjasama ini perlu mendapat keterlibatan rakyat keseluruhan, umpama ada beberapa negeri yang tidak bersama dengan kita kerana kerajaan mereka yang berlainan. 

“Tetapi saya turut membantu sebab kami kerajaan perpaduan ini buta warna, tak kira apa parti atau kerajaan negeri mana pun, atas nama tanggungjawab dan kefungsian, kami turun tidak kira masa, tidak kira tempat, tidak kira negeri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN