Sindiket love scam: Sembilan  termasuk seorang wanita diberkas - Utusan Malaysia

Sindiket love scam: Sembilan  termasuk seorang wanita diberkas

ALLAUDEEN ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Satu sindiket penipuan ‘love scam’ tumpas  selepas sembilan individu termasuk seorang wanita warga asing diberkas dalam serbuan di tiga unit kondominium di Jalan P Ramlee di sini, semalam.

Serbuan  tersebut dilakukan pasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, semakan awal mendapati terdapat unsur penipuan menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Tinder, Instagram, dan WhatsApp.

“Sindiket ini menggunakan gambar profil individu dari luar negara yang berbeza dan menipu mangsa dengan menggunakan ayat cinta melalui skrip disediakan. 

“Mangsa yang terpedaya diarahkan untuk membuat pemindahan wang ke akaun bank dalam dan luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Allaudeen berkata, siasatan turut mendapati sindiket itu menyasarkan mangsa dari negara ini, Singapura dan China.

Katanya, serbuan turut merampas 24 telefon bimbit pelbagai jenama, tujuh komputer riba dan satu skrip perbualan yang digunakan untuk memperdaya mangsa serta beberapa dokumen berkaitan.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan menasihati orang ramai berwaspada mempercayai tawaran di laman sosial. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN