PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan siasatan berhubung projek percetakan buku bernilai RM80 juta yang dikaitkan dengan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin kira-kira sebulan lalu. Siasatan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan pertelingkahan antara Ahli Parlimen Putrajaya itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 19 September lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, SPRM adalah berkecuali dan siasatan terhadap mana-mana individu bukan atas arahan mana-mana pihak. Menurut beliau, sebelum UMNO Wilayah Persekutuan membuat laporan kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya