Seekor lagi harimau kumbang berjaya ditangkap di Kampung Beting Ulu - Utusan Malaysia

Seekor lagi harimau kumbang berjaya ditangkap di Kampung Beting Ulu

SEEKOR harimau kumbang berjaya ditangkap selepas masuk ke dalam perangkap yang dipasang Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan di Kampung Beting Ulu, Kuala Pilah pagi tadi selepas sembilan hari seekor harimau kumbang betina dewasa berjaya ditangkap di lokasi sama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seekor lagi harimau kumbang berjaya ditangkap selepas masuk ke dalam perangkap di Kampung Beting Ulu, di sini semalam iaitu lokasi sama seekor harimau kumbang betina ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan pada 18 September lalu.

Menurut penduduk, Rusmazaiti Kamarulzaman, 31, perangkap itu dipasang semula oleh pihak Jabatan Perhilitan pada hari Sabtu lalu selepas tangkapan pertama berkenaan berjaya dilakukan.

“Perangkap dipasang semula kerana dipercayai masih ada lagi harimau kumbang di lokasi berhampiran rumah saya ini. Kami seperti biasa menggunakan umpan yang sama iaitu tiga ekor anak anjing bagi memerangkap harimau kumbang itu.

“Kira-kira pukul 12 tengah malam, saya terkejut terdengar bunyi sangkar jatuh, kali pertama dulu, bunyi yang sama dan kami syak ada harimau kumbang sudah masuk ke dalam perangkap,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ujar Rusmazaiti lagi, harimau kumbang kedua yang berjaya ditangkap itu saiznya dilihat agak kecil berbanding saiz harimau kumbang pertama.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli memberitahu, harimau kumbang pertama yang berjaya ditangkap sebelum ini adalah seberat 40 kilogram dan telah dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk rawatan dan pemeriksaan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN