REE: Kaedah ISL selamat, mesra alam

REE: Kaedah ISL selamat, mesra alam

MALAYSIA menyimpan tiga unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) dianggarkan berjumlah 16.1 juta tan metrik dengan nilai komer­sial menghampiri RM1 trilion. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ekplorasi perlombongan unsur nadir bumi (REE) menggunakan kaedah la­rut resap insitu (ISL) diyakini lebih selamat dan mesra alam tanpa perlu melakukan proses pembersihan hutan yang boleh menjejaskan ekosistem negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Kejuruteraan Mineral Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Syed Fuad Saiyid Hashim berkata, perlombongan REE menggunakan kaedah ISL adalah paling efektif dan paling sesuai tanpa merosakkan alam sekitar.

Menurutnya, perlombongan REE menggunakan kaedah ISL perlu melalui proses pembersihan hutan terlalu luas, sebaliknya hanya sekitar 10 peratus keluasan tapak perlombongan akan digunakan untuk pemasangan infrastruktur bagi memboleh proses mengeluarkan nadir bumi berlangsung.

“REE ini kebiasaannya ditemui di kawasan berbukit. Ia terletak di lapisan tengah contoh­nya jika bukit itu berketinggian 10 meter, REE ini berada pada kedalaman lima atau tujuh meter.

“Untuk mengekstrak REE menggunakan kaedah ISL, ia memerlukan bahan kimia sama seperti baja yang akan dimasukkan ke dalam kawasan dikenal pasti dan akan disalurkan ke dalam tangki untuk proses mendapan.

“Mendapan itu akan menghasilkan tanah liat yang mengandungi REE terkumpul,” katanya yang turut terlibat secara langsung dalam proses menentusahkan kaedah ISL tidak memberi kesan kepada alam sekitar dalam projek perlombangan rin­tis REE pertama di Perak.

Syed Fuad berkata, sebaik saja proses mengekstrak REE selesai, kawasan tersebut perlu melalui proses ‘flash out’ menggunakan air dalam tempoh tertentu supaya bahan kimia yang digunakan tidak diserap masuk ke dalam air bawah tanah.

“Berdasarkan prosedur ope­rasi standard (SOP) yang dirangka oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), prosedur melombong Non-Radioactive REE (NR-REE) sangat ketat, namun belum digazetkan lagi untuk membolehkan perlombongan unsur tersebut dilaksanakan.

“Sebelum mendapat kebenaran melombong, ia perlu mendapatkan kelulusan daripada EIA (Kelulusan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) sama ada kawasan tersebut bersesuaian atau tidak.

“Jika kawasan perlombongan itu berhampiran dengan kawasan tadahan air atau punca air, ia tidak akan diluluskan kerana dianggap berisiko,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN