Polis panggil dua pelajar tular bertumbuk

Polis panggil dua pelajar tular bertumbuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis akan memanggil dua pelajar bagi membantu siasatan berkait rakaman video yang memaparkan aksi mereka bertumbuk dalam kejadian di Kampung Bukit Kecik, Melor di sini pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, kedua-dua suspek berusia antara 14 hingga 15 tahun itu merupakan pelajar di salah sebuah sekolah menengah di kawasan Ketereh.

“Siasatan awal kita tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua suspek. 

“Selain itu, kesemua remaja yang terlibat dalam kejadian akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi membantu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Katanya, saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan dengan boleh menghubungi Inspektor Nur Asminda Mohd. Apandi di talian 017-2509251 atau 09-7752200.

Rakaman berdurasi 46 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun facebook Inforoblock memaparkan dua pelajar sedang bertumbuk di kawasan tanah lapang dengan disaksikan oleh sekumpulan remaja lelaki yang lain. 

Kejadian pada khamis itu berlaku pada pukul 3 petang di kawasan Kampung Bukit Kecik, Melor.-UTUSAN

-habis-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN