Polis Johor 'campur tangan', bantu KPDN tangani penyelewengan bekalan asas - Utusan Malaysia

Polis Johor ‘campur tangan’, bantu KPDN tangani penyelewengan bekalan asas

KAMARUL ZAMAN MAMAT menyematkan pingat kepada bekas anggota polis, Awang Daud sempena Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor di IPK Johor, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis negeri ini akan ‘campur tangan’ dalam memastikan tiada penyelewengan melibatkan bekalan asas seperti beras, minyak, telur dan gula oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tegas Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, tindakan proaktif itu diambil pihaknya ekoran isu bekalan itu telah menyebabkan berlakunya keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Walaupun ini bukan tugas hakiki polis, tetapi kita buat keputusan untuk campur tangan kerana masalah bekalan barangan asas ini telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Langkah ini dibuat dengan kerjasama KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup). Polis bantu tangkap, manakala siasatan dijalankan mereka. Kita bantu kerana mungkin KPDN ada kekangan dan sebagainya,” katanya selepas menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor, di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalannya, Deputi Komisioner M. Kumar.

Kamarul Zaman berkata, setakat ini pihaknya telah menahan seorang lelaki warganegara asing  berusia 35 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak masak peket di sebuah premis perniagaan di Pandan, Isnin lalu yang melibatkan nilai rampasan sebanyak RM8,212.50.

Beliau turut menegaskan pihaknya akan memperkasakan pelbagai platform aduan awam bagi memudahkan sebarang penyaluran maklumat termasuk berkaitan aktiviti penyelewengan barangan keperluan asas di negeri ini. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.