Pisah kuasa elak krisis keyakinan

Pisah kuasa elak krisis keyakinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berpandangan pendakwa raya memerlukan jabatan khusus bagi mengelak berlaku krisis keyakinan rakyat pada masa hadapan.

Ketua Penerangan Pe­juang, Muhammad Ra­fique Rashid Ali berkata, isu pembebasan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak akan berbangkit jika pendakwa raya tidak diletakkan satu bumbung di bawah kuasa peguam negara.

Muhammad Rafique yang juga merupakan pengamal undang-undang berkata, kuasa peguam negara dan pendakwa raya harus dipisahkan kerana krisis keyakinan rakyat akan berlarutan selagi kuasa pendakwaan terletak di tangan individu yang dipilih oleh Perdana Menteri.

“Pemisahan jawatan peguam negara dan pendakwa raya ini mesti dilakukan segera. Ketika ini, jelas kelihatan mereka yang berjawatan tinggi atau yang ingin kekal dalam jawatan-jawatan tertinggi seolah-olah mendapat laluan mudah dari Jabatan Peguam Negara.

“Seharusnya peguam negara dan timbalan pendakwa raya berkhidmat dan bertanggungjawab pada rakyat bukan hanya kerajaan, perdana menteri, timbalan perdana menteri atau Kabinet dan yang ada ‘kabel’ sahaja.

“Peguam negara tidak harus menjadi pendakwa raya. Kes-kes jenayah yang membabitkan semua jenis kesalahan mestilah di bawah seliaan pendakwa raya,” katanya di sini, semalam.

Selepas 77 hari dibicara, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN