Pengetua, pembantu tadbir ditahan rasuah - Utusan Malaysia

Pengetua, pembantu tadbir ditahan rasuah

Azmi Alias
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pengetua dan ketua pembantu tadbir sebuah sekolah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang kerana disyaki bersubahat meminta dan menerima rasuah lebih RM17,000, Januari lalu.

Sumber memberitahu, pengetua lelaki berusia 53 tahun dan wanita berusia 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Kluang kira-kira pukul 7 malam semalam ketika hadir memberikan keterangan.

Mereka disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang kontraktor sebagai balasan memberikan projek penyelenggaraan pagar asrama sekolah berkenaan.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan kedua-dua suspek terbabit.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Kedua-duanya kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN