Pemilik bengkel maut ditembak

Pemilik bengkel maut ditembak

ANGGOTA pasukan forensik polis memeriksa lokasi kejadian seorang lelaki ditemukan maut dipercayai ditembak di Kampung Hutan Kuin, Machang, Kelantan hari ini.UTUSA/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Seorang pemilik bengkel ditemukan maut selepas dipercayai terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh sekumpulan lelaki yang menaiki dua buah kereta dalam kejadian di hadapan sebuah premis alat ganti kenderaan di Kampung Hutan Kuin di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 37 tahun meninggal dunia di tempat duduk pemandu sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Triton.

Saksi kejadian, Mohd. Zulkarnain Abdullah, 27, berkata dia menyedari kejadian itu selepas terdengar tiga das tembakan secara berturut-turut.

Menurutnya, ketika itu, dia berada di dalam kedai runcitnya yang terletak beberapa meter dari lokasi kejadian.

“Saya terus bergegas keluar dan mendapati dua buah kereta memecut laju selepas bunyi tembakan itu.

“Saya keluar dari kedai dan menjenguk ke dalam Mitsubishi Triton itu sebelum mendapati seorang lelaki berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Zulkarnain memberitahu, orang awam yang menyedari kejadian itu terus menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Zuki Ibrahim, 38, berkata, dia mengetahui kejadian tersebut selepas dihubungi oleh isteri lelaki terbabit yang memaklumkan mangsa meninggal dunia.

“Kali terakhir saya bercakap dengan mangsa kira-kira sebulan lalu ketika berurusan menjual trak pikap Mitsubishi Triton kepadanya.

“Difahamkan, arwah datang ke sebuah premis untuk membeli alat ganti kerana dia memiliki bengkel kereta di Pasir Puteh,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN