PETALING JAYA: Semangat kemerdekaan terbukti menjadi elemen menyatupadukan penduduk negara ini apabila sambutan Hari Kebangsaan 2023 semalam memperlihatkan penyatuan rakyat Malaysia apabila bersama-sama meraikannya penuh meriah dalam semangat luar biasa. Sambutan bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, mendapat sambutan di seluruh negara dengan rakyat pelbagai peringkat tanpa mengira kaum dan agama keluar meraikannya. Mereka langsung tidak diganggu-gugat dengan persengketaan dan perbalahan politik terutama pasca pilihan raya di enam negeri…