Kereta dihempap pokok, paha kiri tertusuk kayu usai mengundi - Utusan Malaysia

Kereta dihempap pokok, paha kiri tertusuk kayu usai mengundi

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang cedera tertusuk kayu pada bahagian paha kirinya dari sebuah kereta yang dihempap pokok di Taman Desa Rahmat, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang wanita ditimpa kemalangan selepas meninggalkan pusat pengundian di Taman Desa Rahmat, di sini apabila kereta dipandunya dihempap pokok tumbang.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, mangsa yang berusia 57 tahun cedera pada bahagian paha kiri akibat tertusuk kayu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Kanan II Mohd. Shah Rizal Abdul Rahman berkata, seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu

“Kereta BMW yang dipandu mangsa secara tak semena-mena dihempap pokok yang tumbang di lokasi yang hanya 500 meter dari pusat pengundian. Kejadian  itu menyebabkan mangsa cedera di paha kiri akibat tertusuk kayu yang terjatuh.

“Mangsa yang mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Rahman Yassin itu baharu sahaja selesai mengundi.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dari kereta dan diberi rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk menerima rawatan lanjutnya,” katanya.

Pihak bomba kemudian memotong pokok yang tumbang dengan menggunakan dua unit gergaji rantai. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN