PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti dasar dan menyesuaikan polisi dengan cabaran semasa agromakanan negara ketika ini. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin berkata, penyelarasan rantaian bekalan dan menambah baik akses pasaran dalam sektor agromakanan adalah antara keutamaan dalam penelitian itu. “Mengambil iktibar daripada pengalaman ketika dan pasca pandemik, antara keutamaan yang diberikan adalah menyelaras semula rantaian bekalan agromakanan supaya menjadi lebih efisien…











