YAN: Kerajaan negeri Kedah mempelawa syarikat-syarikat dari dalam atau luar negara untuk membina kilang pemprosesan unsur nadir bumi (REE) di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, setakat ini sudah menerima tawaran pelaburan daripada sebuah syarikat yang memiliki kepakaran dalam bidang berasaskan REE. Katanya, syarikat itu menyatakan hasrat untuk bekerjasama dalam menjadikan Kedah sebagai hab pemprosesan akhir produk mereka khususnya bagi pasaran Asia, Eropah dan Asia…










