Kanak-kanak lelaki empat tahun ditemukan lemas

Kanak-kanak lelaki empat tahun ditemukan lemas

JENAZAH Muhammad Syahrul Darwish Mohd. Mazuan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Felda Chiku 1 dan 2 selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Gua Musang, Kelantan, malam tadi-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam parit di belakang rumahnya sebelum dihanyutkan arus deras di Felda Chiku 1 di sini, petang semalam.

Mangsa, Muhammad Syahrul Darwish Mohd. Mazuan,4, dijumpai kira-kira pukul 6.50 petang oleh penduduk kampung kira-kira empat kilometer dari lokasi dia terjatuh ke dalam parit tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menerima laporan mengenai kehilangan mangsa pada pukul 6.15 petang. 

Menurutnya, usaha mengesan mangsa telah dijalankan oleh anggota polis Balai Polis Paloh dan penduduk kampung sebelum mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di padang bola Felda Chiku 1 di sini.

“Pembantu Kesihatan Klinik Kesihatan Chiku mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan mendapati, jarak antara rumah mangsa dengan tempat kanak-kanak itu dijumpai dianggarkan sejauh empat kilometer,”katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Choon Foo memberitahu, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak itu disebabkan mangsa lemas di dalam parit tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN