MELAKA: Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas), pegawai-pegawai tinggi Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) serta pesawah Khamis ini bagi membincangkan isu bekalan beras tempatan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihak pengilang dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sudah diarah menghantar bekalan di mana-mana lokasi berlaku kekurangan beras. Menurut beliau, tindakan penguatkuasaan akan dipertingkatkan bagi memastikan beras tempatan tidak dimanipulasi sebagai beras import. Katanya, kementerian telah mengadakan sesi dialog dengan pengilang dan pemborong di Kedah baru-baru ini dan mereka memberi jaminan untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya