Institut Kesihatan Mental bakal ditubuhkan - Utusan Malaysia

Institut Kesihatan Mental bakal ditubuhkan

23 peratus daripada 17,301 saringan yang dijalankan di bawah Modul Kesihatan Mental (MyMinda) menerusi aplikasi MySejahtera di dapati berisiko murung sejak program itu dilancarkan Oktober lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan Institut Kesihatan Mental ekoran masalah tersebut semakin membimbangkan, kata  Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri  berkata, pelaksanaan Rekod Perubatan Elektronik di hospital dan klinik kesihatan juga akan diperluas ke seluruh negara bagi memastikan perkongsian rekod perubatan pesakit di negara ini  lancar, sistematik dan mesra rakyat.

Menurut beliau, kerajaan juga akan meneliti cadangan sewaan peralatan perubatan bagi memastikan mutu rawatan kesihatan  buat rakyat menggunakan peralatan termaju dan berteknologi tinggi. 

“Liputan perlindungan kesihatan akan ditingkatkan melalui perluasan Skim Perubatan MADANI bagi menzahirkan hasrat murni kerajaan dalam membantu golongan kurang berkemampuan,” katanya ketika pembentangan Kajian Separuh Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Katanya, sebanyak 1,200 klinik daif di seluruh negara akan dinaik taraf untuk tempoh 2023 hingga 2025 bagi menjamin mutu perkhidmatan, malah kerajaan juga  bersetuju untuk menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan anggaran kos sebanyak RM500 juta bagi menangani masalah kesesakan.

Anwar berkata, kerajaan bertekad untuk menambah baik mutu kesihatan rakyat apabila Kertas Putih Kesihatan yang dibentangkan pada 15 Jun lalu menyasarkan reformasi untuk dilaksanakan dalam tempoh 15 tahun melalui anjakan utama Pengukuhan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya