Ibu bapa, guru gotong-royong ceriakan STB - Utusan Malaysia

Ibu bapa, guru gotong-royong ceriakan STB

KELAS satu Abu Bakar ceria selepas para ibu bapa dan guru bergotong-royong menceriakan kawasan kelas sempena program aktiviti gotong-royong merdeka di Sekolah Tengku Budriah (STB), Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Lebih 300 ibu bapa dan guru termasuk murid-murid dari Sekolah Tengku Budriah (STB) di sini
menyertai aktiviti gotong-royong merdeka membersih dan menceriakan kawasan sekolah berkenaan hari ini.

Selain itu, mereka yang hadir itu juga bersama-sama membantu menghias sudut kemerdekaan bagi menyemakkan bulan kebangsaan khususnya di kelas-kelas.

Program berkenaan bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 12 tengah hari dengan semua pihak terlibat bersama-sama menceriakan kawasan sekolah termasuk di kelas-kelas bagi memberi keselesaan kepada murid-murid.

Di kelas-kelas, antaranya di kelas satu Abu Bakar, ibu bapa dilihat bersama-sama mengecat dinding, membersih dan menceria serta menghias kelas dengan dekorasi menarik selain mewujudkan sudut kemerdekaan.

PARA ibu bapa bersama guru bergotong-royong menceriakan kawasan kelas satu Abu Bakar sempena
program aktiviti gotong-royong merdeka di Sekolah Tengku Budriah (STB), Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN

Aktiviti gotong-royong tersebut anjuran STB dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Hadir sama, Guru Besar STB, Md. Nazir Nik Ali dan Yang Dipertua PIBG, Saifol Zairy Abd. Rahim.

Penolong Kanan Pentadbiran STB, Saifur Ridzwan Mustafa berkata, program tersebut mendapat kerjasama yang cukup baik daripada ibu bapa dan guru sekolah berkenaan.

Katanya, mereka bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah, mengecat serta mewujudkan keceriaan di sekolah.

“Lebih 300 ibu bapa, guru dan murid-murid hadir untuk bersama-sama melakukan kerja-kerja gotong-royong membersihkan kawasan sekolah ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya