Empat Ketua Setiausaha  bertukar kementerian - Utusan Malaysia

Empat Ketua Setiausaha  bertukar kementerian

MOHD. ZUKI ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan pelantikan baharu dan pertukaran empat Ketua Setiausaha (KSU) berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, yang memaklumkan bahawa KSU Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang ditukarkan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM).

Datuk Seri Isham Ishak yang kini menjawat jawatan KSU Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), akan bertugas sebagai KSU Kementerian Pertahanan.

KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd Yusof, bertukar sebagai KSU Kementerian Perpaduan.

KSU Kementerian Perpaduan, Datuk Noridah Abdul Rahim, ditukarkan ke Jabatan Wilayah Persekutuan sebagai Ketua Pengarah.

Terakhir, Timbalan KSU MITI, Hairil Yahri Yaacob, dilantik sebagai KSU baharu kementerian sama.

Mohd. Zuki berkata, beliau percaya dengan kemampuan pegawai yang dilantik untuk terus memacu kecemerlangan kementerian masing-masing.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan ini dan percaya dengan kemampuan pegawai yang dilantik untuk terus memacu kecemerlangan kementerian serta agensi dalam menjayakan agenda Malaysia Madani,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya