PETALING JAYA: Tiga hari lagi, genap enam tahun kejadian kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat yang meragut nyawa 21 orang pelajar berusia di antara 16 dan enam tahun dan dua tenaga pengajar pusat berkenaan. Ada mangsa ditemukan dalam keadaan rentung, terbakar (tidak rentung sepenuhnya) dan ada yang masih sempurna. Cerita belakang tabir menyatakan, mangsa yang ditemukan sempurna (kebanyakannya kanak-kanak) kerana mereka dilindungi di bawah ‘timbunan’ mangsa-mangsa lain.…










