Buat siaran langsung kes DNAA Zahid

Buat siaran langsung kes DNAA Zahid

Tafsiran mahkamah
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cada­ngan untuk memanggil Peguam Negara menjelaskan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan wajar disiarkan secara langsung.

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi wajar disiar secara langsung bagi membolehkan rakyat memahami isu berkenaan.

Menteri Besar Selangor itu berkata, pilihan lain boleh dipertimbang ialah mengadakan prosiding secara terbuka me­nerusi pendengaran awam.

“Saya percaya proses JKPK wajar diadakan secara siaran langsung atau pendengaran awam yang boleh didengar oleh rak­yat kerana ia telah menjadi isu rakyat,” katanya semasa perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, semalam.

Kelmarin, Pengerusi JKPK, William Leong memberitahu, pihaknya akan memanggil Peguam Negara bagi menjelaskan keputusan DNAA Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan rasuahnya.

Katanya, satu laporan akan dibentang kepada Dewan Rakyat sebaik sahaja selesai prosiding jawatankuasa itu nanti.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilaporkan meminta sidang khas Dewan Rakyat ditangguh mengikut Perkara 18 (1) dan (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat, berhubung permohonan penjelasan daripada Peguam Negara mengenai keputusan penarikan balik 47 pertuduhan ke atas Ahmad Zahid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN