PETALING JAYA: Belanjawan 2024 disaran memberi fokus khusus untuk membantu meningkatkan pendapatan 70 peratus atau 11.5 juta pekerja tidak mahir daripada 16.5 juta pekerja di seluruh negara bagi membaiki taraf hidup mereka. Antara pekerjaan tidak mahir yang banyak disertai ketika ini ialah sektor gig ekonomi seperti pemandu e-hailing, penunggang p-hailing, pekerja di pusat beli-belah dan kilang-kilang di kawasan perindustrian. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun…










