PETALING JAYA: Kedudukan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Ahli Parlimen Muar menjadi persoalan ekoran keputusannya menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan. Memorandum persefahaman (MoU) dimeterai gabungan parti kerajaan pada Disember 2022 menyebut, setiap parti dan pihak hendaklah mengundi untuk menyokong Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan dan sebarang usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan Kerajaan Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan.…










